Iqram Dinzly Backup Shuk Sahar, Minta Jangan Percaya Fara Salleh
Pelakon Iqram Dinzly tampil mempertahankan pelawak sensasi, Shuk Sahar selepas isterinya, Fara Salleh meluahkan rasa kesal berkahwin suaminya itu di media sosial semalam.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Iqram berharap orang ramai tidak percaya bulat-bulat dengan kenyataan didedahkan oleh Fara yang dikatakan mencurigakan.
BACA: Fara Salleh Mengaku Minta Cerai, Tak Tahan Perangai Shuk Sahar
“Dengan rasa simpati terhadap sahabat saya, Shuk Sahar.. Mohon jangan bulat-bulat percaya apa yang dilontarkan kata-kata oleh pasangannya dengan ayat yang mencurigakan. Ya manusia tidak lari buat kesilapan. Tapi kena ingat juga hati-hati dengan wanita akhir zaman,” katanya.
Sementara itu, Iqram menyifatkan Shuk seorang yang gigih dalam mencari rezeki tanpa mengira masa dan tenaga serta rajin membantu rakan-rakan dalam perniagaan.
“Sepanjang perkenalan saya dimana saya berniaga berkongsi booth dengan Shuk Sahar saya rasa beliau berhempas pulas meniaga tanpa kira masa, kudrat, dan ringan tulang tolong sahabat-sahabtnya menjual dan mengajar teknik perniagaan.
“Saya tak katakan Shuk itu malaikat. Cuma apa yang saya boleh katakan, Shuk usaha gigih dalam membangkitkan dirinya dengan membanting tulang empat kerat,” katanya.
Dalam pada itu, Iqram turut mendoakan rumah tangga Shuk serta isterinya dalam keadaan baik serta dijauhkan daripada fitnah.
“Mohon masyarakat doakan supaya Shuk dan pasangan dikurniakan lindungan dari fitnah dajjal serta reda dan rahmat Allah mengiringi perjalanan dan perjuangan mereka dalam berpasangan,” tulisnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source