Orang ramai berkampung di live Facebook Planetarium Negara tengok meteor
PETALING JAYA – Orang ramai membanjiri siaran langsung (Live) di Facebook Planetarium Negara untuk melihat kemunculan Hujan Meteor Perseids yang akan melintasi ruang langit Malaysia malam ini.
Live yang bermula pukul 9 malam itu dirakam di lokasi Lenggong, Perak dan dijangka akan diteruskan sehingga pukul 4 pagi esok.
Rata-rata orang ramai tidak sabar menantikan kemunculan meteor tersebut yang mana setakat pukul 11 malam masih tidak kelihatan.
“Mana ni? mana tahi bintang tak sabar nak tengok,” komen azeara mokhtar.
“Terpaksa tahan mata nak tengok meteor. cepatlah keluar,” kata Ahmad zazali.
Terdahulu Agensi Angkasa Malaysia (Mysa) memaklumkan kejadian itu dijangka berterusan sehingga subuh 13 Ogos dengan purata 100 meteor per jam akan melintasi ruang langit Malaysia.
“Kenampakan hujan meteor ini akan berlaku di Malaysia malah ia diramalkan dalam keadaan baik kerana bulan akan terbenam tengah malam semasa waktu kemuncak fenomena ini berlaku,” katanya.
Agensi berkenaan memaklumkan, titik kemunculan pancuran meteor itu kelazimannya dari arah buruj Perseus, namun ia masih boleh berlaku pelbagai arah.
“Lokasi buruj itu terletak di kawasan langit sebelah utara bumi sebelum hujan ini berpecah kepada banyak arah lain dengan fenomena tersebut biasa terjadi setiap tahun.
“Hujan meteor itu muncul secara rutin apabila bumi beredar mengelilingi matahari dan planet ini perlu merentasi laluan orbit Komet Swift-Tuttle yang nukleusnya berdiameter 26 kilometer,” katanya.- KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source