Hannah bertekad letak orang yang betul di jawatan yang betul
PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bertekad untuk meletakkan orang yang betul di jawatan yang betul sebelum menamatkan penggalnya dalam portfolio tersebut.
Katanya, terdapat pelbagai jawatan dalam badan sukan, ada yang dipilih sendiri oleh beliau dan ada jawatan yang dilantik oleh persatuan.
“Salah satu perkara utama yang saya mahu lakukan sebelum saya menamatkan penggal sebagai Menteri Belia dan Sukan ialah meletakkan orang yang betul di jawatan yang betul.
“Bagi mereka yang dipilih oleh ahli badan sukan melalui proses pemilihan sendiri, saya tidak mempunyai kuasa untuk menukar atau menggugurkan mereka.
“Ia dilakukan melalui proses demokrasi dan kita mesti menghormatinya. Saya hanya boleh mengeluarkan mereka yang saya lantik,” katanya menerusi perkongsian di laman sosial.
Tambah Hannah, dalam masa singkat sebagai Menteri, beliau telah melantik ramai bekas atlet utama untuk membantunya.
Ujarnya, beliau percaya bahawa bekas atlet memahami sukan dan keperluan atlet.
“Dalam jawatankuasa Road To Gold saya mempunyai tiga bekas atlet utama untuk membantu saya iaitu Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David dan Mirnawan Nawawi.
“Di Majlis Sukan Negara Malaysia, saya mempunyai bekas peserta Olimpik iaitu Suriaghandi Suppiah dan Lee Chong Wei dipilih untuk membantu saya.
“Manakala di Institut Sukan Negara Malaysia, saya mempunyai Datuk Marina Chin dan Datuk Nicol David untuk membantu saya,”katanya.
Jelas Hannah, di Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) beliau melantik Farah Ann, Jeffrey Ong, dan Soo Beng Kiang.
Katanya lagi, dalam Jawatankuasa Sukan Selamat beliau melantik Nurul Huda sebagai pengerusi.
“Selain itu, saya juga mempunyai Pentadbir Sukan seperti Datuk Seri Windsor John dari Konfederasi Bola Sepak Asia (Perbadanan Stadium Malaysia) dan Datuk Stuart Ramalingam (Penyelaras RTG).
Jelasnya, di Olimpik Paris 2024, beliau berpeluang meluangkan banyak masa bersama Timbalan Chef de Mission, Datuk Nicol David yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang menyokong atlet kita.
“Harapan saya adalah agar beliau terus membantu saya dalam membangunkan negara melalui pembangunan sukan.
“Saya mahu legasi saya memperkasakan bekas atlet kita untuk membantu atlet semasa dan akan datang kerana mereka tahu keperluan dan mereka faham,” katanya – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source