“Mereka Lebih Pandai Jaga Diri, Tak Harap Duit Lelaki”
Penyampai radio, Tyzo Xander berkata dia mengakui suka berkawan dengan wanita berusia kerana mereka lebih pandai berdikari.
Memetik Astro Gempak, Tyzo berkata ciri-ciri itu memudahkannya untuk mengenali lebih rapat dan mengekalkan hubungan apabila bersama.
BACA: “Tak Boleh Pegang-Pegang” – Lydia Tak Pernah Jumpa Lelaki Macam Tyzo
“Saya sebenarnya sudah biasa berkawan dengan wanita lebih berusia daripada saya. Saya suka.. kerana bagi saya mereka ini lebih pandai jaga diri,” katanya.
Sementara itu, Tyzo berkata baginya wanita juga perlu hidup berdikari dan tidak mengharapkan duit lelaki, malah mereka juga perlu pandai uruskan diri.
“Wanita pun perlu hidup berdikari dan jangan harap duit lelaki, jangan bagi alasan mentang-mentang you perempuan bila keluar makan semua lelaki kena bayar. Jangan begitu.
“Perempuan zaman sekarang perlu ada visi. Itu semua penting. Jadi perempuan zaman hari ini perlu berani dan pandai uruskan diri,” katanya.
Dalam pada itu, Tyzo yang kini berusia 48 tahun berkata dia juga sama seperti lelaki lain mahu menamatkan zaman bujang namun belum ada jodoh buatnya lagi.
“Saya kenal dengan ramai wanita dan setakat ini saya selesa cuma belum ada jodoh. Mungkin masa belum tiba. Saya pun ada impian dan harapan. Saya pun nak tayang kebahagian saya juga. Cumanya saya perlukan wanita yang faham saya dan juga boleh terima anak saya,” katanya.
SUMBER: Astro Gempak
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source