Brazil mulakan siasatan nahas pesawat penumpang ATR
BRASILIA – Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan berhubung sebuah pesawat penumpang yang terhempas di pinggir bandar raya Sao Paulo sehingga meragut 61 nyawa, lapor stesen penyiaran Sky News hari ini.
Menurut polis, pesawat terhempas di bandar Vinhedo itu menyebabkan sebuah rumah ranap tetapi tiada cedera dilaporkan.
Syarikat penerbangan Voepass mengesahkan bahawa pesawatnya itu membawa 57 penumpang dan empat anak kapal.
Ketika kejadian, pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Cascavel di negeri Parana menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos di Sao Paulo.
“Dengan duka cita kami ingin memaklumkan bahawa kesemua 61 mangsa dalam Penerbangan 2283 meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Pada masa ini, Voepass mengutamakan pemberian bantuan tanpa had kepada keluarga mangsa dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenal pasti punca kemalangan,” kata Voepass.
Polis Persekutuan Brazil berkata, pihaknya telah memulakan siasatan, selain mengerahkan beberapa pakar untuk mengenal pasti identiti mangsa yang terkorban.
Rakaman yang disiarkan oleh stesen penyiaran Brazil, GloboNews menunjukkan, kawasan kejadian yang terbakar.
Sehingga kini, Voepass tidak memberikan sebarang maklumat berhubung punca nahas itu.
Pada masa sama, seorang pegawai negeri Sao Paulo mengesahkan bahawa kotak hitam perakam data penerbangan telah ditemui. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source