“Haritu Kata Kuota Khas, Sekarang Lain Pulak…” – Norza Guna Dana Sendiri Bawa Keluarga Ke Olimpik Paris 2024, Rakyat ‘Keliru’
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memaklumkan presidennya, Tan Sri Norza Zakaria tidak menggunakan dana kerajaan bagi membawa ahli keluarganya ke Sukan Olimpik 2024 Paris.
Memetik Astro Awani, MOM berkata semua perbelanjaan untuk keluarga Norza dibiayai sendiri oleh presiden mereka.
Jelas badan persatuan itu lagi, MOM dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) hanya memudahkan akses Norza dan keluarga dan itu dilakukan bagi memastikan tiada sumber kerajaan digunakan untuk tujuan tersebut.
Kehadiran Norza dan keluarganya itu difahamkan telah mematuhi sepenuhnya peraturan IOC dan MOM.
Pada saat ini, adalah penting bagi kita sebagai rakyat Malaysia memberi tumpuan kepada perkara paling penting, iaitu menghulurkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada atlet negara yang mewakili negara di pentas dunia.
Marilah kita bersatu hati dan menyalurkan tenaga kita untuk meraikan pencapaian mereka dan menggalakkan usaha merea.
Tambah MOM lagi, kuota khas yang diperuntukkan untuk pucuk pimpinan mana-mana badan/majlis atau jawatankuasa Olimpik negara masing-masing.
Kuota ini hanya menyediakan akses ke kawasa VIP dan tidak meliputi akses ke padang permainan, bilik persalinan atau tempat penginapan atlet di perkampungan sukan.
Ia menjadikannya tidak praktikal untuk jurulatih atau kakitangan sokongan menggunakan kuota ini kerana ia tidak memberi akses yang diperlukan untuk menyokong atlet secara efektif.
Menjengah ke ruangan media sosial sejak isu ini hangat diperdebatkan netizen, masih ramai nampaknya yang tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan MOM itu.
Apa pendapat anda? Kongsikan kepada kami di ruangan komen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source