‘Hanya kawan rapat’ – Angel nafi bercinta dengan Amir Ahnaf
PETALING JAYA – Dikatakan sedang bercinta, anggota kumpulan Dolla, Angel menafikan pelakon popular, Amir Ahnaf kini adalah kekasihnya.
Kata Angel, hubungannya dengan Amir tidak lebih daripada sekadar kawan baik walaupun bintang Projek: High Council itu dilihat hadir memberi sokongan menyaksikan konsert Dolla di Zepp KL, hujung minggu lalu.
Kata Angel atau nama lengkapnya Angelina Chai Ka Ying, 23, sebagai rakan baik dia tidak kisah andai pelakon yang terkenal watak Kaha itu mahu berkongsi momen indah pada persembahan mega sulung kumpulannya.
“Amir hanyalah kawan saya. Dia tanya saya sekiranya boleh datang ke konsert Dolla. Sebagai rakan, sudah tentu saya tidak keberatan untuk mengajaknya.
“Jadi saya jemput Amir untuk menyaksikan konsert Dolla secara peribadi. Pada malam itu, dia datang bersama Hazeeq Dean.
“Selain Amir, kami juga ada menjemput ahli keluarga dan sahabat lain untuk menikmati konsert sulung ini,” katanya semasa Media Gathering Dolla, semalam.
Kongsinya lagi, mereka berkenalan lebih setahun yang lalu selepas bertemu dalam sebuah majlis karnival jualan.
“Saya mula mengenalinya ketika sama-sama merakamkan video promosi untuk karnival jualan hari raya.
“Sejak itu, hubungan kami mula akrab dan dalam masa sama saya juga berkawan dengan barisan pelakon drama Projek: High Council,” ujar wanita asal Sarawak itu.
Terdahulu, kehadiran Amir ke konsert sulung kumpulan penyanyi wanita itu, Dolla Re:Birth The Experience di di Zepp KL, Sabtu lalu menjadi perhatian netizen sehingga mencetuskan spekulasi mengenai hubungannya dengan Angel.
Difahamkan pada malam konsert itu, Amir baru saja selesai terbabit dalam pertunjukan fesyen di ibu kota dan terus bergegas ke konsert Dolla. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source