Syarikat pembinaan jangan pilih bulu – TPM
KUALA LUMPUR – Syarikat pembinaan diingatkan untuk tidak ‘pilih bulu’ dalam menggajikan tenaga kerja mahir tempatan selain perlu memberi keutamaan kepada golongan tersebut berbanding pekerja asing.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, rentetan daripada itu kerajaan akan menanggung kerugian yang besar dalam jangka masa panjang sekiranya sektor pembinaan terus bergantung kepada pekerja asing demi kelancaran operasi syarikat.
“Ya, kos mungkin kurang kalau pekerja asing diambil secara jangka pendek. Tetapi dari segi jangka panjang, kos yang ditanggung oleh negara dan kos daripada GDP (Keluaran Negara Kasar) yang akan dibuat, ianya akan merugikan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Pelancaran Slogan CIDB Peneraju TVET Pembinaan bersempena Majlis Graduasi Akademi Binaan Malaysia (ABM) & CIDB Technologies 2024 di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan agar syarikat pembinaan segera mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dengan menggantikan tenaga mahir tempatan untuk mengisi kelompongan yang ada. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source