“Saya Bukanlah Pelakon Harga Mahal Sangat Di Malaysia Ini”
Pelakon Zul Ariffin berkata dia sudah lama teringin untuk berlakon dalam filem indie namun tidak pernah menerima tawaran kerana mungkin dianggap pelakon dengan bayaran tinggi.
Memetik Harian Metro, Zul berkata dia melihat banyak skrip filem indie yang mempunyai jalan cerita yang bagus namun belum ada rezeki membintangi dalam naskhah sedemikian dan dia tidak pernah meletakkan bayaran tinggi.
BACA: Tiap Tahun Raya Bersama, Zul Ariffin Dah Anggap Gayatri Macam Keluarga Sendiri
“Saya minat (berlakon filem indie), tapi mereka (penggiat indie) yang tak minat saya kot, sebab tak pernah dapat ‘offer’ (tawaran). Cuma, saya juga ingin jelaskan di sini, bahawa ia bukan sebab ‘terlalu mahal’ (bayaran).
“Bayaran adalah bayaran. Kadang-kadang kita pun ada ‘special project’ yang nak dibuat dan perlu bekerjasama dengan orang (pelakon) bagus-bagus, tapi tidak semestinya kena letak harga tinggi memanjang (setiap masa).
“Saya bukan (pelakon) macam itu. Dari dulu sampai sekarang, saya tak pernah letak harga (bayaran) tinggi-tinggi disebabkan berlakon dengan pelakon bagus-bagus. Saya hanya tahu, saya bekerja dan dibayar,” katanya.
Sementara itu, Zul berkata mungkin ada yang berpendapat ‘muka komersial’ menjadi salah satu faktor ‘menyekat’ dia untuk mencuba nasib dalam pasaran filem ‘indie’.
“Saya ada terfikir juga mengenai ‘skaptikal’ sesetengah orang yang mungkin beranggapan muka saya ini terlalu komersial untuk dibawa masuk ke pasaran ‘indie’. Bahkan, waktu dulu-dulu pun saya sendiri pernah fikir juga. Tapi, sekarang saya dah tua.
“Apabila dah tua, saya faham-faham sendirilah. Cuma ada juga terasa tak sesuai lagi ke? Tapi, biasalah kalau ada tawaran yang datang itu (berlakon filiem), saya pasti akan tengok dan boleh saja dipertimbangkan,” katanya.
Dalam pada itu, Zul mengatakan dia bukan perlakon dengan harga mahal dalam industri seni tanah air, sebaliknya boleh berbincang mengenai harga.
“Sejujurnya, saya bukanlah pelakon yang berharga mahal sangat di Malaysia ini. Ada pelakon lain yang lagi mahal. Saya okay saja (bayaran) macam biasa dan benda boleh ‘diskaun’, kita berbincang,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source