“Lebih Suka Cari Cinta Baru…Ada Jodoh Dengan Lelaki Tepat Saya Okay”
Pelakon Puteri Sarah berkata dia lebih suka cari cinta baru berbanding menjalin semula ikatan istimewa bersama individu yang pernah bertakhta di hatinya.
Memetik Harian Metro, Puteri Sarah berkata dia masih belum menemui pilihan hati selepas setahun bercerai dengan bekas suaminya pengarah terkenal, Syamsul Yusof.
BACA: Puteri Sarah Saman Bekas Pekerja RM1 Juta
“Saya lebih suka cari cinta baru. Kalau ada jodoh dengan lelaki yang tepat saya okey saja. Saya pun nak juga berteman memandangkan saya pun masih muda lagi. Kalau ada jodoh saya terima, kalau sebaliknya saya reda,” katanya.
Dalam pada itu, Puteri Sarah meluahkan rasa syukur hubungan bersama mentua baik dan dia kini sedang menjalani penggambaran drama bersama bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam.
“Alhamdulillah saya baik-baik saja. Hubungan saya dengan keluarga mentua pun masih utuh. Lagipun saya ada terbabit dengan penggambaran drama terbitan bapa mentua, Datuk Yusof Haslam, jadi kami sering berjumpa di lokasi penggambaran,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source