Penjawat awam wajib buat pemeriksaan kesihatan cegah obesiti
PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerajaan (Cuepacs) mencadangkan agar penjawat awam diwajibkan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mereka yang sudah menunjukkan tanda-tanda obesiti dan berusia 40 tahun ke atas.
Presidennya, Datuk Dr. Adnan Mat berkata, selain itu, program kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) serta Jabatan Belia dan Sukan (JBS) boleh dilakukan bertujuan mengawal dan memantau penjawat awam yang mempunyai masalah obesiti.
“Objektif khusus program ini adalah mengenal pasti kumpulan penjawat awam berisiko dan faktor kepada penyumbang masalah tersebut kemudian disusuli dengan program intervensi.
“Hanya peserta yang menunjukkan penurunan positif sahaja boleh dibebaskan daripada program intervensi tetapi perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengelakkan masalah kembali berulang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Untuk rekod, laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan sebanyak 54.4 peratus rakyat dewasa Malaysia mengalami berat badan berlebihan.
Rekod itu meningkat tiga peratus berbanding 50.1 peratus pada 2019 melibatkan semua rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat.
Justeru, Adnan berkata, isu kesihatan itu perlu diambil perhatian lebih serius oleh semua pihak dan ia tidak sepatutnya dinormalisasikan.
“Masalah ini bukan melibatkan penjawat awam sahaja. Obesiti dan berlebihan berat badan adalah faktor risiko kepada diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi dan sakit jantung.
“Cuepacs melihat masalah obesiti dalam kalangan penjawat awam lebih kepada tabiat pemakanan dan juga gaya hidup individu tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source