Kereta Kena Baling Bata Dari Stesen Monorel, Wanita Dakwa Polis Ambil Sambil Lewa Laporan Dibuat – “Tunggu Berjam-Jam Tapi…”
Seorang wanita berkongsi tentang insiden di mana kereta yang dinaikinya telah dibaling bata hingga menyebabkan cermin belakang pecah sepenuhnya.
Menerusi Facebook, Hui Min Chia menceritakan kereta tersebut adalah milik teman lelakinya yang sedang memandu ketika itu dan tiba-tiba ketika melalui Stesen Monorel Imbi, cermin belakang pecah disebabkan bata yang dibaling seorang individu dari atas.
Telefon polis, disuruh laporkan pada polis trafik
Bimbang ada pengguna jalan raya lain akan tercedera, mereka menghubungi polis untuk membuat laporan namun mereka disuruh untuk melaporkan insiden itu kepada polis trafik.
Bagaimanapun, polis trafik pula kemudian menyuruh mereka membuat laporan di balai polis dan perkara itu membuatkannya kecewa.
Saya faham kami perlu buat laporan untuk insurans. Tetapi niat utama kami untuk lapor polis kerana mahu elak individu itu membaling bata lagi dan membahayakan orang lain. Mana tahu, bata itu jatuh terkena kepada seseorang.
Nampak lelaki pegang bata nak baling lagi!
Mereka kemudian menghubungi polis dan meminta anggota untuk dihantar ke lokasi. Sementara itu, dia dan kekasihnya berjalan naik ke stesen dan ternampak seorang lelaki yang didakwa mempunyai masalah mental memegang bata dan sedang menuju ke tingkat atas untuk melakukan perkara yang sama lagi.
Malangnya, kami menunggu berjam-jam tetapi tiada seorang pun anggota polis dihantar untuk kendali isu ini.
Dah viral, baru ada respon
Kecewa dengan cara pihak berkuasa mengendalikan isu terbabit, Hui Min Chia menggunakan Facebook untuk menyebarkan tentang insiden terbabit kepada orang ramai.
Bagaimanapun, selepas hantarannya itu tular Hui Min berkata pihak RapidKL dan polis telah menghubunginya dan mengambil tindakan sewajarnya.
Rapid KL sudah respon dan beritahu mereka sudah maklumkan kepada pihak sekuriti untuk ambil tindakan jika lelaki itu muncul lagi. Polis pula berkata mereka akan tangkap lelaki itu dan uruskan untuk dia dihantar ke tempat lain, kerana tidak boleh masukkannya ke penjara.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source