Kes Tumbuk Bekas Isteri ‘Belum Selesai’ , Laporan Terhadap Hafidz Roshdi Disebut Semula 13 Ogos Ini
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini menetapkan tarikh 13 Ogos bagi sebutan semula kes pelakon Hafidz Roshdi yang didakwa menumbuk muka bekas isterinya pada Mac lalu.
Ini berikutan hakim majistret Nurul Mardhiah Mohammed Redza memaklumkan pihak mereka belum menerima arahan lanjut penarikan laporan polis oleh Nurul Shuhada Mat Shukri.
Kami belum menerima arahan baharu mengenai kes ini susulan pengadu sudah menarik balik laporannya.
Mahkamah kemudian membenarkan timbalan pendakwa raya, Asmaa’ untuk memberi lagi tempoh dua minggu sementara menunggu arahan terbaru.
Sementara itu, peguam mewakili Hafidz Roshdi, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan pihak mereka tiada bantahan mengenai permohonan itu.
Kita mengesahkan belum ada arahan terbaru mengenai kes ini justeru tempoh dua minggu yang dimohon adalah munasabah dan harap ini adalah yang terakhir.
Terdahulu, aktor lelaki itu didakwa melakukan perkara demikian terhadap Nurul Shuhada di susur keluar tol Sungai Buaya pada 2 Mac tahun lalu.
Hafiz kemudian mengaku tidak bersalah atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Shuhada iaitu menumbuk pipi kiri wanita itu sebanyak tiga kali sehingga menyebabkan luka, lebam dan bengkak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source