Kini ChiaSoh ambil alih ‘trending’
PETALING JAYA – Selepas PearThin ‘trending’ di aplikasi X, kini giliran beregu negara, ChiaSoh pula menggegar dunia sukan apabila berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024.
Perlawanan mendebarkan seluruh rakyat Malaysia itu berakhir dengan kelegaan apabila Aaron Chia-Soh Wooi Yik menumpaskan pasangan dari India Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty dalam perlawanan tiga set.
Tanda pagar ChiaSoh terus melonjak naik di aplikasi X dengan mempunyai lebih 13,100 ciapan menunjukkan majoriti pengguna media sosial semenangnya menyaksikan perlawanan sengit itu.
Orang ramai juga rata-rata menyifatkan perlawanan beregu tersebut sebentar tadi merupakan satu perlawanan yang sangat mendebarkan seolah-olah sudah berada di peringkat akhir.
“Tadi tengok perlawanan ChiaSoh rasa nak tercabut jantung. Tengok perlawanan Lee Zi baru boleh tenang sikit,” komen Iman.
“Pelawanan ni punya ‘senaman jantung’ tak ‘relax’. Macam tengok final! Tahniah Chia Soh!,” komen Qila.
“Kita menang! ChiaSoh ke separuh akhir. Semput tengok ni, dah separuh nyawa,” komen pengguna lain lagi.
Sejak tengah hari tadi, antara perkataan yang kekal ‘trending’ adalah #PearThin, #ChiaSoh, #BadmintonMalaysia, #LeeZiJia dan #KitaSemuaTeamMAS sekali gus menunjukkan sokongan rakyat Malaysia yang tidak berbelah bahagi.
Kemenangan pada aksi suku akhir sebentar tadi terus menghidupkan peluang pasangan negara yang menduduki ranking ketiga dunia itu untuk memenangi pingat, selepas meraih gangsa di temasya Tokyo 2020.
Hasil kemenangan itu, Aaron-Wooi Yik akan bertemu pilihan utama dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang di separuh akhir. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source