“Mujur Saya Bukan Seorang Yang Mudah Tergoda”
Meskipun sudah berusia 53 tahun, pelakon Zamarul Hisham masih lagi dihujani tawaran watak hero berbanding aktor seusianya yang lain.
“Pernah Jadi Antara 10 Airport Terbaik Dunia, KLIA Sekarang Berada Paling Bawah”
Rakyat Malaysia pernah berbangga dengan kualiti layanan dan kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lebih sedekad yang lalu apabila sering dinobatkan antara 10 lapangan terbang terbaik di dunia. KLIA meninggalkan jauh pesaing lain…
Memetik Kosmo, Zamarul berkata dia bersyukur kerana masih berpeluang membawakan watak utama dan menyifatkan ianya rezeki buat dirinya.
BACA: Zamarul Hisham Terima Menantu Sulung
“Alhamdulillah pada usia 53 tahun saya masih diberi peluang untuk melakonkan watak hero bergandingan dengan artis-artis muda.
“Saya pun sebenarnya tak tahu nak jawab macam mana jika ada orang tanya bagaimana saya masih menerima tawaran sebagai hero. Mungkin sudah rezeki saya,” katanya.
Sementara itu, Zamarul berkata dia turut berkongsikan amalan sebelum pergi ke tempat kerja iaitu berdoa di dalam kereta serta mendedahkan dia penghidap OCD (kecelaruan obsesif kompulsif).
“Apa yang saya buat adalah saya akan berdoa berkali-kali sehingga saya rasa betul-betul ‘feel’ dan dapat. Sama seperti berlakon. Selagi saya tak ‘feel’ selagi itu saya akan berdoa.
“Kemudian barulah saya akan bergerak ke lokasi penggambaran. Mungkin disebabkan saya adalah seorang penghidap OCD (kecelaruan obsesif kompulsif),” katanya.
Dalam pada itu, sebagai pelakon Zamarul juga turut dikejar peminat wanita obses dan ada wanita cuba mendekatinya meskipun tahu dia merupaan suami orang. Malah, isterinya yang juga pelakon Diana Rafar tahu kata laluan media sosial termasuk nombor pin bank miliknya.
“Perkara sebegini tak boleh nak elak. Dugaan itu sentiasa ada tak kisah sama ada bujang mahupun sudah berkahwin. Mujur saya bukan seorang yang mudah tergoda.
“Tetapi saya pelik zaman sekarang ramai yang suka suami dan isteri orang. Kalau buka ruangan mesej dalam Instagram, ramai wanita yang mesej.
“Saya pula jenis seminggu sekali baru buka Instagram. Kadang-kadang Diana yang tolong balas. Dia tahu kata laluan akaun media sosial saya dan juga akaun bank,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source