“Bukan Normah Damanhuri Saja Yang Mahu Jadikan Saya Menantu” – Tyzo
Susulan pengakuan anak kepada pelakon Normah Damanhuri, Lydia Rosli mengenai perasaan sebenarnya terhadap Tyzo, penyampai radio itu tampil membuat kenyataan setelah dihubungi media semalam.
Ujar Tyzo, dia tidak menyangka Lydia akan mendedahkan hal tersebut kepada media dan mengakui pernah membincangkan hal tersebut bersama-sama ibu tunggal itu sebelum ini.
Saya memang tahu perasaannya terhadap saya. Kami pernah bercakap tentang perkara ini. Cuma saya tak sangka dia akan bercakap pada media.
Mungkin sebab benda dah berlalu. Kalau tak mesti akan bercerita. Dia pun dah tak suka saya sekarang.
Dia dalam pada itu mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut mengenai perasaannya terhadap Lydia kerana ingin menjaga privasi.
Tyzo juga mengakui dia tidak pernah tahu adik kepada usahawan sensasi Liana Rosli itu berendam air mata mengenangkan hubungan mereka yang sudah pun berakhir.
@lydiarosli
Dalam nada berseloroh, penyampai radio Ikim FM itu juga mendedahkan bahawa bukan sahaja ibu Lydia sudi menerimanya sebagai menantu tetapi ramai kaum ibu di luar sana berniat yang sama.
Bukan Normah Damanhuri saja, saya rasa ada ramai lagi mak cik di luar sana yang nak jadikan saya sebagai menantu.
Terdahulu, Lydia menerusi satu temu bual memaklumkan dia sememangnya menyukai Tyzo malah berniat untuk membawa hubungan mereka ke alam perkahwinan.
Namun begitu, menurut wanita itu, Tyzo tidak menunjukkan respon yang sama seperti dirinya sekaligus menjadikan impian itu musnah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source