Mahu berbulan madu, Sarah Suhairi serah pada Allah tentang zuriat
HULU LANGAT : Baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada jumaat lalu, penyanyi, Sarah Suhairi, 24, mengakui, lebih selesa menyerahkan soal rezeki zuriat kepada Allah selain berharap doa-doa yang baik daripada semua pihak.
Sarah berkata, buat waktu ini, dia dan suami, Aswad Anuar, 39, mahu menikmati masa berdua dan berbulan madu sebelum memikirkan soal zuriat.
“Setakat ini kami tiada tetapkan nak merancang soal anak, kalau ada rezeki insya-Allah.
“Kami terima sahaja rezeki yang Allah nak beri, tapi mungkin setahun dua ini kami mahu ‘bulan madu’ terlebih dahulu,” katanya.
Sarah berkart demikian ketika ditemui pada majlis pernikahannya yang diadakan di The Barern Hills, di sini, baru-baru ini.
Selain itu, ditanya mengenai lokasi bulan madu, penyanyi lagu Sah ini berkata, dia sudah lama memasang impian untuk ke Denmark namun belum menetapkan tarikh bersesuaian untuk ke negara tersebut bersama suami.
Bagaimanapun, Sarah berkata, buat masa sekarang mereka memilih percutian di negara Asia sahaja memandangkan sudah banyak berbelanja untuk majlis nikah dan resepsi perkahwinan.
“Secara peribadi saya nak sangat bercuti ke Denmark tapi bukan dalam masa terdekat.
“Tenang-tenang dulu sebab duit dah banyak habis dekat majlis pernikahan dan kenduri kahwin.
“Kita kumpul duit dulu baru pergi bulan madu impian saya. Insya-Allah perancangan terdekat kami berbulan madu di negara Asia dulu,” katanya.
Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan pertama buat Sarah dan kedua bagi Aswad yang juga seorang pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Hasil perkahwinan terdahulu, Aswad dikurniakan tiga orang anak perempuan berusia 14, 10 dan 8 tahun.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source