Siti Nurhaliza Hampir Hilang Nyawa Lahirkan Siti Aafiyah
Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan beliau bertarung nyawa ketika melahirkan cahaya pertamanya Siti Aafiyah Khalid kira-kira enam tahun lalu.
Power Geng! Sunway Pyramid Dah Ada Ruang Komersial Baharu
Semakin canggih dan lebih selesa lepas ni bila korang jejak kaki di Sunway Pyramid. Kalau korang nak tahu, menjelang suku keempat tahun ini, Sunway Pyramid akan berwajah baru dengan pengenalan Oasis sebagai ruang runcitnya! Awesome…
Memetik Malaysia Gazette, Siti berkata dia pernah mengalami komplikasi ketika proses bersalin dan ianya tidak pernah dikongsikan kepada umum.
BACA: Siti Nurhaliza Mahu Taja 20 Pasangan Buat Rawatan IVF
“Perkara ini saya tidak kongsikan sebelum ini dengan mana-mana.
“Saya (pernah) hadapi komplikasi selepas bersalin pertama kali. Tapi Allah selamatkan saya dan saya ambil keputusan untuk sekali lagi melahirkan selepas itu,” katanya.
Dalam pada itu, Siti berkata dia menjadikan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah sebagai idola untuk berjuang mendapatkan zuriat.
“Sebenarnya waktu menjalani kaedah IVF, saya menjadikan Tunku Azizah sebagai idola. Jika saya buat rawatan lima kali, tapi Tunku Azizah menjalani rawatan sebanyak 17 kali untuk mendapatkan zuriat. Masya-Allah.
“Perjuangan menjadi seorang ibu bukanlah perkara yang mudah. Baik bersalin normal atau pembedahan, kedua-duanya ada perjuangan dan pengorbanan,” katanya.
Untuk rekod, Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mendirikan rumah tangga pada 2006. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata pertama Siti Aafiyah selepas 11 tahun, kemudian menimang anak lelaki, Muhammad Afwa pada 19 April 2021.
SUMBER: Malaysia Gazette
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source