Pekerja bank upah penggodam curi RM1.47 juta dalam akaun pelanggan
BANDAR RAYA HO CHI MINH – Seorang pekerja bank yang didakwa mengupah seorang penjenayah untuk menggodam akaun pelanggan dan mencuri wang 8 bilion dong (RM1.47 juta) telah ditangkap, lapor portal berita VnExpress.
Luong Hoang Gia, 33, dan konco dari Kemboja, Tan Cheng Khung, 37, ditangkap oleh polis Daerah Go Vap semalam kerana mencuri wang dengan menggunakan rangkaian komputer, rangkaian telekomunikasi atau peranti elektronik.
Seorang wanita bernama Tuyet melaporkan kepada polis baru-baru ini bahawa wang sebanyak 8 bilion dong dalam akaunnya telah hilang.
Ia merupakan wang pinjaman bank dan bukan miliknya.
Polis mendapati wang itu telah dipindahkan ke beberapa akaun peribadi dengan alamat palsu.
Gia yang merupakan pekerja bahagian kredit di cawangan sebuah bank tempatan telah membantu Tuyet untuk membuka akaunnya.
Semasa polis mengesan aliran wang itu, mereka berjaya menahan rakan sejenayah Gia ketika dia menunggang motosikal di daerah Tan Binh.
Gia akhirnya mengaku kepada polis bahawa Tuyet tidak mahir dengan teknologi. Dia membantu mangsa membuka akaun bank untuk memindahkan wang pinjaman dan mencuri maklumat log dan kata laluannya.
Untuk mencuri wang itu, Gia menghubungi Khung untuk mendapatkan bantuan daripada kumpulan penjenayah Kemboja dan berjanji membayar 1.2 billion dong (RM220,849) sebagai upah. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source