Sarah Suhairi Pilih Duda Anak 3, Terus Jadi Ibu ‘Segera’
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Sarah Suhairi yang sah bergelar isteri kepada Aswad Mohd. Anuar pagi tadi merupakan berstatus duda kepada tiga orang cahaya mata.
Power Geng! Sunway Pyramid Dah Ada Ruang Komersial Baharu
Semakin canggih dan lebih selesa lepas ni bila korang jejak kaki di Sunway Pyramid. Kalau korang nak tahu, menjelang suku keempat tahun ini, Sunway Pyramid akan berwajah baru dengan pengenalan Oasis sebagai ruang runcitnya! Awesome…
Memetik Kosmo, Sarah berkata dia sudah pun berjumpa dengan tiga anak tirinya itu ketika perkenalan dengan suami dan tidak kisah menjadi ibu ‘segera’.
BACA: Sarah Suhairi Juara Big Stage, Bawa Pulang RM100,000
“Ketika perkenalan awal, Aswad sudah setahun bergelar bapa tunggal bahkan sebenarnya kami juga tak pernah meletakkan sebarang status sepanjang empat tahun berkawan.
“Tetapi saya sendiri dah berjumpa dengan tiga puterinya yang menerima kehadiran saya dalam hidup mereka. Kawan-kawan rapat saya pun sudah bertemu dengan anak-anak Aswad, mereka dah kenal baik.
“Saya tak kisah menjadi ibu ‘segera’. Sebelum ini mereka panggil saya ‘auntie Sarah’, mungkin selepas ini panggil saya ibu,” katanya.
Berkongsi kisah perkenalan mereka, Sarah berkata mereka berkenalan di di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara dan masing-masing meminati sukan berkuda. Malah, Sarah berkata suaminya itu merupakan jurulatih sukan berkenaan.
“Mungkin ada yang tak tahu, Aswad selain pensyarah adalah jurulatih sukan berkuda dan kerap dipanggil menjadi juri manakala saya aktif sukan berkuda sejak usia 14 tahun, jadi kelompok kawan kami adalah orang yang sama.
“Dari situlah tercetusnya perkenalan. Apa pun sepanjang empat tahun berkawan, kami tak berahsia kerana Aswad sering temani saya ke majlis tertentu. Cuma dia tidak menonjolkan diri sangat kerana bagi kami selagi belum ada ikatan sah, lebih baik simpan sendiri,” katanya.
Difahamkan, Sarah dan Aswad mengikat tali pertunangan pada 27 Januari lalu. Dalam masjlis serba indah pagi tadi, Sarah menerima mas kahwin berjumlah RM2,486 berupa gelang tangan emas bersama tujuh dulang hantaran berbalas lima.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source