Tiada Lagi Persefahaman, Harith Iskander Dan Dr Jezamine Lim Bercerai Talak Satu
Pelawak Harith Iskander hari ini menjatuhkan talak satu terhadap isterinya, Dr Jezamnie Lim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Perkahwinan yang dibina selama 14 tahun itu terlerai hari ini di hadapan Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali sekitar jam 12.05 tengah hari tadi.
Prosiding perbicaraan itu walau bagaimanapun diadakan secara tertutup kerana tidak mahu punca keretakan rumah tangga mereka diketahui umum.
Menurut peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili pasangan itu, mereka berdua bersepakat untuk bercerai secara baik atas faktor tiada lagi persefahaman.
Kami ada failkan dua permohonan. Satu permohonan cerai dan satu lagi permohonan nafkah. Satu dah selesai. Talak satu pada 12.05 tengah hari.
Biasalah, punca perceraian ialah tiada persefahaman. Mereka berdua masih berbaik demi anak-anak. Tiada masalah.
Terdahulu, Dr Jezamine mengesahkan dia ada memfailkan permohonan cerai terhadap Harith pada 25 Jun lalu.
Harith menerusi satu wawancara memaklumkan punca rumah tangga mereka mula bergolak adalah disebabkan oleh kesilapannya sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source