Bayi Usia 2 Bulan Didera Pengasuh Hingga Patah Kaki
Memetik Astro Awani, seorang pengasuh telah ditahan reman bagi membantu siasatan kes penderaan seorang kanak-kanak usia 2 bulan yang disyaki didera sehingga patah kaki.
Kejadian dilaporkan berlaku di Bandar Dato Onn dan turut disahkan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat.
Menurut Raub, seorang pengasuh wanita berusia 36 tahun telah ditahan reman selama 6 hari bermula semalam hingga Ahad ini.
Polis menahan pengasuh selepas ibu bapa bayi berkenaan membuat laporan polis petang Ahad lalu.
Kes disiasat menerusi Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Terdahulu, ibu bapa mangsa mengadu seperti tidak kena dengan anaknya setelah pulang dari pusat asuhan, Sabtu lalu.
Dakwa mereka, ketika bapa menukar lampin mangsa, kelihatan kesan bengkak pada paha kiri selain keadaan anak mereka juga seperti tidak bermaya dan kurang aktif.
Ibu bapa mangsa kemudian membawa si kecil itu ke sebuah klinik sebelum dirujuk ke hospital kerajaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source