Fuad, Tom Mahu Anak Jadi Ustazah
Pasangan penyanyi, Fuad Rahman dan Tom berkata mereka mahu anak perempuan mereka, Puteri Anggun mendapat pendidikan terbaik serta menerapkan didikan agama terbaik.
“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”
Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum…
Memetik BH Online, Fuad baerkata dia dan Tom mahu anaknya yang kini berusia lima bulan bergelar ustazah apabila dewasa kelak.
BACA: Tom Selesa Bersalin Di Hospital Kerajaan
“Keutamaan untuk anak adalah pelajaran dan saya juga mahu terapkan dengan asas agama. Sasaran untuk masa hadapan, saya mahu anak jadi ustazah.
“Saya memang dilahirkan sebagai pemuzik dan keluarga juga dalam bidang ini. Keluarga juga memang mengutamakan agama. Jadi, saya juga mahu jadikan anak seorang yang baik,” katanya.
Bagaimnapaun, Fuad berkata dia tidak menolak sekiranya anaknya mahu terbabit dalam bidang muzik seperti mereka namun tetap fokus pada agama serta mementingkan pelajaran.
“Saya mahu anak lebih fokus agama dan saya mahu ajar pendidikan agama. Tapi, bila besar hendak jadi penyanyi dan bermain muzik boleh teruskan, tapi paling penting, pelajaran perlu seiring,” katanya.
Dalam pada itu, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram mengakui sebelaum ini dia tidak ambil peduli soal agama namun mula mendapat kesedaran untuk lebih mementingkan agama selepas berkahwin dengan Fuad.
“Sebelum ini, saya tak banyak titik beratkan agama dan tak berapa ambil berat. Bila berkahwin dengan Fuad saya banyak belajar perkara yang tak pernah tahu.
“Muzik adalah muzik, tapi saya mahu anak-anak tahu mengenai agama. Kalau boleh saya mahu sangat anak jadi ustazah. Mungkin saya bukan seperti itu, mana tahu anak ada rezeki ke arah lebih baik.
“Sebab dulu saya tak ambil peduli soal agama. Dulu saya banyak tak tahu dan sekarang dapat banyak belajar daripada Fuad. Jadi, saya mahu anak-anak juga mendapat kebaikan bersama,” katanya.
SUMBER: BH Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source