Intan Najuwa Alami Alahan, Nak Muntah Tengok Pasu & Langsir Di Rumah
Kini sedang hamil anak pertama, pelakon Datin Intan Najuwa berkongsikan tentang alahan dialaminya ketika sesi siaran langsung di TikTok semalam.
“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”
Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum…
Menurut Intan, dia mendedahkan langsir di rumahnya terpaksa ditukar manakala pasu bunga juga perlu dialihkan berikutan alahan atau mungkin disebabkan pembawakan anak yang dialaminya.
BACA: Intan Najuwa Umum Hamil Anak Sulung
@aienshuhada1998 korang alahan macam mana cuba komen bawah #intannajuwa #viral #trendingnewsmalaysia #trendingnewsmalaysia #trendingnewsmalaysia #fyppppppppppppppppppppppp #johorbahru #fyp??viral
“Masa saya first trimester, saya emosi sangat-sangat. Langsir tu tak buat apa-apa pun, elok je selama ini dah tak pasal-pasal kena buka.
“Tak boleh nak abaikan, kita akan rasa benda itu mengganggu kehidupan kita. Pasu dekat rumah saya suruh orang gaji saya alihkan. Saya tak boleh tengok pasu tu depan saya, nak muntah.
“Padahal pasu tu saya yang beli, saya yang buat dekorasi. Bayangkan, dah la muntah dan tak boleh makan, tapi itulah pembawakan (anak) saya rasa,” katanya.
Sementara itu, Intan berkata dia juga tidak dapat ke kandang kuda kerana kurang selesa dengan bau persekitaran yang akan menyebabkannya rasa loya dan sedih kerana tidak dapat berjumpa dengan kuda kesayangannya.
“Sebenarnya saya hampir empat bulan tak pergi kandang kuda dan sampai sekarang masih belum boleh pergi ke sana. Sebelum ini saya cium-cium kuda saya.
“Ada satu masa itu saya belum tahu saya mengandung, jadi saya pergi ke kandang kuda macam biasa tiba-tiba saya bau kuda sangat pelik.
“Kemudian saya tanya suami, kenapa dengan bau tahi kuda..adakah mereka tukar makanan kuda. Seminggu lepas itu baru saya tahu yang saya hamil,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source