Protes Dhaka: Pelajar Malaysia diminta berkumpul di kedutaan
PUTRAJAYA – Pelajar-pelajar Malaysia di Dhaka, Bangladesh diarahkan untuk berkumpul di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sana bagi keselamatan mereka ekoran insiden protes pelajar yang berlaku ketika ini.
Kementerian Luar (KLN) dalam kenyataan memaklumkan, arahan itu dikeluarkan ketika permulaan protes itu dan tindakan tersebut bagi memudahkan kumpulan pelajar Malaysia untuk menerima arahan lanjut.
Menurutnya, pelajar-pelajar ini adalah dari institusi pendidikan tempatan di Dhaka yang terjejas oleh protes tersebut.
“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka sedang giat memantau situasi tersebut dan secara aktif berkoordinasi dengan pihak berkuasa tempatan.
“(Langkah ini) dilakukan walaupun menghadapi cabaran termasuk gangguan perkhidmatan telekomunikasi yang meluas bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di negara tersebut,” katanya di sini malam ini.
Jelasnya, Pegawai Suruhanjaya Tinggi berinteraksi awal dengan pelajar-pelajar ini untuk menilai keperluan mereka dan memberikan bantuan segera.
Buat masa ini, Suruhanjaya Tinggi sedang mengkaji penyelesaian termasuk membantu mengaturkan perjalanan pulang pelajar-pelajar yang ingin kembali ke Malaysia dan tempat perlindungan sementara.
“KLN menggesa semua rakyat Malaysia yang menetap di Bangladesh untuk mengelak dari berada di kawasan yang terjejas, kekal berwaspada dan mematuhi semua nasihat keselamatan dan arahan pihak berkuasa tempatan.
“KLN kekal komited untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara terjamin,” katanya.
KLN turut akan melaporkan sebarang perkembangan terkini berkenaan situasi ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source