Jangan pandang rendah dua perenang negara
JURULATIH skuad renang negara, Eric Anderson optimis dengan potensi dua perenang muda negara, Khiew Hoe Yean dan Tan Rouxin yang bakal beraksi di Sukan Olimpik Paris hujung bulan ini.
Anderson menjelaskan, matlamat utama mereka adalah untuk memperbaiki kedudukan ranking dunia masing-masing dengan mencatat masa peribadi terbaik di pentas berprestij dunia itu.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa penyertaan mereka kali ini lebih kepada memberi pendedahan berharga memandangkan suasana dan tekanan di Olimpik adalah luar biasa serta lebih mencabar.
“Pentas Olimpik merupakan ujian besar bagi mereka dengan kolam renang yang akan dipenuhi oleh 20,000 penonton dan tekanan daripada pesaing-pesaing terbaik dunia,” katanya ketika ditemui di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil kelmarin.
Dalam masa sama, Anderson turut menyatakan terdapat kemungkinan kejutan daripada persembahan Hoe Yean dan Rouxin di Paris sambil berharap pengalaman itu akan memberi mereka kelebihan menjelang Sukan SEA 2025 di Bangkok, Thailand.
“Selepas menyertai acara bertaraf dunia seperti ini, saya yakin mereka akan lebih bersedia untuk Sukan SEA 2025. Mungkin mereka tidak akan berasa tertekan lagi kerana telah melalui pengalaman yang lebih mencabar sebelum ini,” tambahnya.
Sementara itu, Hoe Yean menyatakan hasratnya untuk memecahkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 400 meter (m) iaitu tiga minit 48:36 saat (s) di Olimpik Paris nanti.
“Matlamat saya di Paris adalah memperbaiki catatan masa peribadi (rekod kebangsaan) dan semestinya ingin melakukan persembahan terbaik untuk menimba pengalaman di Paris,” katanya.
Difahamkan, dua perenang negara akan berlatih selama lima hari di Ireland terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Paris untuk memulakan saingan Sukan Olimpik pada 27 dan 28 Julai ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source