Apa Sebenarnya Jadi? – “Polis Jumpa ‘Cyanide’ Dalam Minuman”
Gempar di negara jiran, Thailand selepas enam pelancong ditemukan maut di dalam suite hotel mewah Grand Hyatt Erawan, Bangkok.
Keenam-enam mangsa ditemui pada jam 4.30 petang dan polis mengesahkan mereka telah meninggal dunia dalam tempoh kurang dari 24 jam.
Mangsa merupakan tiga lelaki dan tiga wanita yang merupakan warga Vietnam dan ada di antara mereka mempunyai dua kewarganegaraan Amerika.
Pihak berkuasa menafikan berlakunya kejadian tembakan rawak seperti dilaporkan media tempatan kerana tiada bukti tembakan di tempat kejadian.
Ini adalah kronologi dan maklumat tentang kejadian itu seperti dilaporkan media:
16 Julai
- Polis mengesyaki enam mangsa mati akibat keracunan iaitu pembunuhan, bukan bunuh diri. Pihak polis mencari motif.
- Menurut rekod, tujuh orang telah menempah untuk menginap namun hanya lima yang mendaftar masuk.
- Seorang kini masih belum dapat dikesan.
- Salah seorang mangsa dilaporkan tidak sepadan dengan rekod pihak hotel.
17 Julai
- Polis menemukan racun jenis sianida di dalam cawan dan teko teh yang dipesan pada jam 2 petang, Isnin.
- Makanan yang mereka pesan tidak disentuh lagi.
- Seorang yang tidak mendaftar masuk adalah ahli keluarga salah seorang mangsa yang telah pulang pada 10 Julai.
- Polis berkata salah seorang daripada enam mangsa merupakan suspek pembunuhan.
- Soal siasat bersama keluarga si mati mendedahkan kumpulan itu bertengkar akibat hutang.
- Pihak penyiasat berkata motif mungkin disebabkan konflik di antara kesemua mangsa berkaitan pelaburan berjuta-juta (Baht).
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source