Selesai Tempoh Idah, Datuk Red Masih Panggil Adira Sayang
Sebelum ini, usahawan Datuk Red memaklumkan bahawa tempoh idah bekas isteri pertamanya, Sharifah Norshafila Hashim sudah pun tamat.
Power! Perjuangan Anak Kepada Ayah Maka Terhasilnya Produk Hebat Ini
Kalau sebut jer tentang penyakit tiga serangkai, pasti kita akan rasa takut kan? Yelah siapa jer yang nak penyakit ini ‘hinggap’ pada badan kita? Tiada siapa pun yang nak weh. Anda jangan tak tahu, ada…
Terbaru, Datuk Red memaklumkan pula tempoh idah bekas isteri keduanya, Adira Suhaimi juga telah tamat selepas mereka sah bercerai pada 24 April lalu.
BACA: Datuk Red Umum Idah Bekas Isteri Pertama Selesai
Menerusi perkongsian di Insta Story, Datuk Red berkata dia perlu memaklumkan perkara itu kerana tidak mahu timbul sebarang fitnah terhadap bekas isterinya itu dan mengucapkan terima kasih kepada Adira kerana sudi menjadi isterinya.
“Assalamualaikum semua, saya ingin bercakap di sini supaya tidak timbul fitnah nanti. Hari ini juga hari terakhir tempoh idah saya bersama Adira.
“Inilah dugaan saya. Tiga bulan lepas saya diduga dengan kehilangan kedua-dua isteri dan hari ini dan semalam (Ahad) diuji lagi dengan tamatnya tempoh idah bagi kedua isteri saya. Tapi saya bersyukur dan berterima kasih kepada Adira kerana sudi jadi isteri saya,” tulisnya.
Turut menjadi perhatian, Datuk Red masih memanggil Adira sayang dan mengakui bekas isterinya itu merupakan asbab dia dikenali ramai.
“Saya doakan dia supaya murah rezeki, sihat dan panjang umur. Sebenarnya Adira adalah asbab diri saya dikenali, dapat juga saya berniaga di TikTok. Kalau saya tak kahwin dengan Adira, orang takkan kenal saya. Terima kasih banyak-banyak.
“Banyaklah jasa dia kepada saya. Hidup perlu diteruskan. Semoga dia teruskan kehidupan demi menjaga anak-anak saya insya-Allah. Saya sentiasa ada,” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source