“Saya Rasa Lebih Selesa Tak Tunjuk, I Like It”
Usia anak kedua kini sudah mencecah setahun, namun selebriti terkenal Neelofa dan suaminya PU Riz masih belum berkongsikan putera mereka itu kepada umum.
Memetik Astro Gempak, PU Riz berkata dia dan isteri belum ada perancangan untuk menayang wajah anak kedua mereka, Abdullah Abbas namun ramai yang sudah melihat wajahnya.
BACA: PU Riz Mahu Lihat Abdullah Abbas Bergelar Hafiz Al-Quran
“Nanti macam mana pun, kita akan hantar dia dekat sekolah. Lagipun ramai orang dah tengok dia (wajah) sebenarnya. Cuma kita tak ada la nak tonjolkan. Tapi kalau nak tengok, saya rasa akan ternampak juga,” katanya.
Sementara itu, Neelofa berkata dia mengakui selesa dan lebih suka wajah anak-anaknya tidak ditunjukkan di media sosial.
“Saya rasa lebih selesa tak tunjuk. I like it! Macam Bilal orang dah tengok, tapi saya masih ‘blur’ kan wajahnya. I think I like that,” katanya.
Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 3 dan Abdullah Abbas, setahun.
SUMBER: Astro Gempak
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source