Malaysia Bakal Keluarkan Pasport Tempoh Sah Laku 10 Tahun – Kementerian Dalam Negeri
Selepas kajian dijalankan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata Malaysia sudah bersedia untuk mengeluarkan pasport tempoh sah laku 10 tahun, kata Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Bagaimanapun, tarikh pelaksanaannya akan diumumkan kelak apabila tiba masa ia dilaksanakan pada masa akan datang.
Katanya, pelaksanaan itu bukanlah satu perkara baru memandangkan negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand sudah mengeluarkan pasport bagi tempoh sah laku 10 tahun.
Begitu juga negara di dunia seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali dan Perancis yang sudah lama melaksanakan perkara itu.
Apakah kita sudah bersedia, ya…setelah kajian sempurna kita membuat ketetapan bahawa kita ke arah itu (pasport 10 tahun). Bagaimanapun, perkara ini adalah pilihan buat rakyat sama ada pasport sah laku untuk 5 atau 10 tahun.
Dalam pada itu, Saifuddin turut berkata pemegang pasport negara ini boleh mendapat pengecualian visa hampir di 183 buah negara. Perkara itu meletakkan Malaysia di tempat ke-12 dalam ranking dunia berdasarkan data pada 2024 oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source