Tak Ikhlas Beri Izin Poligami, Isteri Pertama Stres Suami Belum Cerai Dengan Madu – “Aku Guna Anak Untuk Kawal Suami”
Kisah ini dikongsikan oleh seorang wanita, H bukan nama sebenar.
Percintaannya bersama seorang jejaka selama 8 tahun tidak mendapat restu keluarga untuk mereka mendirikan rumah tangga.
Kerana hubungan tidak direstui, lelaki itu pasrah dan kemudian mula mengenali wanita lain dan merancang untuk berkahwin.
Tak ikhlas beri izin poligami
Perkara itu membuatkan H tidak keruan lalu membelakangi keluarganya dan nekad untuk mendirikan rumah tangga bersama lelaki tersebut.
Aku paksa suami aku berkahwin tanpa restu keluarga. Aku urus semua, suami aku macam serba salah. “Aku cakap aku izin dia kahwin dengan perempuan itu asalkan dia kahwin dengan aku.
Rupa-rupanya, H sebenarnya tidak ikhlas memberikan izin untuk suaminya itu berpoligami.
Lebih buruk, dia merancang untuk memisahkan suami dan madunya dengan cuba menghancurkan rumah tangga mereka.
Rezeki aku terus dapat anak. Jadi aku guna anak sebagai point nak kawal suami. Suami aku lemah soal anak. Jadi dia memang banyak masa dengan aku dan anak.
Madu tak mengalah, makin sakit hati
Selepas tiga tahun berkahwin, perasaannya terhadap madu makin membuak kerana wanita itu juga dikatakan tidak mengalah dan terus mahu bersama suami meskipun bermacam cara sudah dilakukannya.
Dia tak bercerai walaupun suami tak ada giliran dengan dia. Suami ada luah rasa tak ada nikmat hidup. Aku tak peduli. Janji dia ada dengan aku dan anak. Tolak tepi perempuan tu.
Ada masa aku puas hati dapat halang suami bersama perempuan tu. Tapi aku tahu suami aku menderita. Aku tak akan bercerai sebab suami sayang anak ini dan aku sayang dia.
Menerusi media sosial, ramai menghentam H kerana bersikap sebegitu dan tergamak membalas dendam demi kebahagiaannya sendiri.
Segelintir individu menasihatinya untuk berdamai dengan takdir dan mengingatkannya tentang dosa terhadap suami malah ada yang berkata hidupnya tidak akan tenang disebabkan hati yang busuk itu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source