Nilai pingat emas lebih RM1 juta
BANDAR MELAKA – Habuan wang tunai lebih RM1 juta bakal menanti mana-mana atlet yang mampu menyumbang pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik Paris 2024 bermula 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, beberapa syarikat swasta telah bersetuju menawarkan sejumlah wang tunai bagi menambah nilai insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) yang ditawarkan sebanyak RM1 juta bagi pemenang pingat emas di Sukan Olimpik.
Menurutnya, tawaran yang diberikan syarikat terbabit menaikkan nilai isentif lebih dari RM1 juta bakal menguatkan semangat dalam kalangan 26 atlet negara dalam memburu pingat emas pertama negara di temasya sukan berprestij itu.
“Untuk sumbangan daripada pihak kerajaan kita masih kekal dengan ganjaran RM1 juta cuma sekarang ini ada beberapa pihak swasta telah mula menghubungi Jawatankuasa Road To Gold.
“Mereka berminat untuk menambah nilai isentif yang sedia ada bagi tawaran kepada atlet yang akan membawa balik pingat emas pertama negara di Paris nanti.
“Pengumuman mengenai jumlah sebenar nilai lebih RM1 juta itu akan diumumkan oleh Jawatankuasa Road To Gold tidak lama lagi,” ujarnya.
Mengulas lanjut Hannah berkata, selain ganjaran wang tunai, atlet yang bakal mencipta sejarah negara turut ditawarkan sebuah kereta berjenama luar negara.
Setakat ini, Malaysia telah memenangi 13 pingat Olimpik sejak Tokyo 1964 terdiri daripada lapan perak dan lima gangsa namun belum pernah meraih sebarang emas. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source