Masih Belum Beri Respon, Peguam Sahkan Perbicaraan Kes Perceraian Harith Iskander & Isteri Ditunda
Peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader mengesahkan tentang berita bahawa anak guamnya, Dr Jezamine telah memfailkan cerai terhadap suaminya, pelawak Harith Iskander.
Ketika ditemui wartawan di mahkamah (sebutan kes Hafidz Roshdi) hari ini, Akberdin berkata perbicaraan kes perbicaraan pasangan itu sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 15 Julai akan datang.
Bagaimanapun, perbicaraan itu ditunda ke tarikh yang lain dan akan dimaklumkan kemudian.
Ditunda kerana mahkamah ada urusan lain. Kami akan memaklumkan tarikh baru selepas ini.
Tambah Akberdin, Dr Jezamine dan Harith masing-masing memberikan kerjasama yang baik dalam perbincangan berkaitan kes perceraian mereka.
Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan pergolakan rumah tangga pasangan itu selepas media melaporkan Dr Jezamine memfailkan cerai terhadap Harith di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Harith bagaimanapun sehingga kini masih belum bersedia untuk memberikan apa-apa komen dan mengulas lanjut tentang hal tersebut.
Pasangan itu berkahwin pada 12 Jun 2010 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source