“Dia Tak Pernah Biarkan Saya Sendukkan Nasi, Tuang Air Sendiri”
Pelakon Fattah Amin menafikan dakwaan mengatakan rumah tangganya dengan aktres terkenal, Nur Fazura bergolak.
Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi
Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod…
Menerusi temu bual bersama media, Fattah menyifatkan isteri tercintanya itu seorang yang menghargai suami dan sikap positif Fazura yang pemurah menjadi inspirasi buat dirinya untuk terus melakukan kebaikan.
BACA: Fazura Jawab Pertanyaan Netizen, Dakwa Lama Tak Lihat Bersama Fattah Amin
“Sudah tujuh tahun dengan dia (Fazura), saya memang sangat sayangkannya kerana dia suka hargai suami, bukan saya sahaja tetapi orang sekelilingnya.
“Paling saya terharu adalah sikap pemurah isteri saya sehingga saya sangat terinspirasi dengan sikap tidak berkiranya. Dia juga sangat ikhlas melakukan segala benda tanpa mengharapkan apa-apa balasan,” katanya.
Dalam pada itu, Fattah turut menyifatkan isterinya itu satu dalam sejuta serta merasakan sangat bertuah memiliki wanita itu sebagai isteri.
“Kalau makan pun dia tidak pernah biarkan saya sendukkan nasi atau tuang air sendiri. Itu yang buatkan saya rasa dia ‘one in a million’ (satu dalam sejuta).
“Saya sangat bertuah memiliki Fazura sebagai isteri. Dia buat sesuatu lebih daripada apa sepatutnya. Itu yang buatkan saya hargai,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source