Shuk Sahar Tak Lagi Dikecam Bila Nikahi Fara Salleh
Selepas dua tahun digam susulan kontroversi rumah tangga terpalit dirinya sebelum ini, pelawak Shuk Sahar menyifatkan rakyat di negara ini tetap bersikap pemaaf.
Memetik BH Online, Shuk meluahkan rasa syukur diberikan peluang kedua selepas mendirikan rumah tangga dengan Fara Salleh dan kini tidak lagi dikecam.
BACA: Shuk Sahar Contohi Perubahan Aliff Aziz, Takut Kembali Macam Dulu
“Saya tahu rakyat Malaysia kalau buat sesuatu yang salah mereka akan marah, tapi kalau perbetulkan keadaan, mereka terbuka akan menerima.
“Jadi, bila saya dan Fara mengambil keputusan untuk ‘settle down’. Kami berkahwin dan buat benda betul. Saya lihat penerimaan orang terhadap kami semakin baik.
“Berbanding dulu kalau orang nampak kami bersama pasti kena kecam. Sekarang kalau muat naik apapun orang tak kecam,” katanya.
Mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November lalu, Shuk berkata dia dan isteri melakukan perkara wajib dahulu dan memutuskan berkahwin dalam majlis ringkas.
“Kami buat majlis ringkas sebab banyak hati kena jaga. Jadi, saya ambil keputusan jalankan dulu perkara wajib, mungkin ada rezeki lebih bolehlah buat kenduri,” katanya.
SUMBER: BH Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source