“Lelaki Ni Cepat Rimas” – Misya Elak Hubungi Suami Ketika Giliran Madu
Madu kepada pempengaruh media sosial, Marissa Dania iaitu Misya Mazlan berkata dia tidak akan berhubung dengan suaminya iaitu Aslam ketika giliran bersama madunya.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Misya berkata dia hanya akan menghubungi suaminya jika ada urusan penting kerana bimbang Aslam akan rasa rimas.
BACA: “Kalau Marissa Baik Dengan Saya, Dia Tak Sekat Komen” – Misya
“Giliran sana (Marissa) atau giliran sini, abaikan sahaja. Lelaki ini cepat rimas. Kalau saya tak mahu berfikir yang bukan-bukan, saya tak akan hubungi Aslam. Itu tip saya, tidak hubungi atau tengok apa-apa. Abaikan.
“Tapi jika saya nak keluar, saya beritahu. Kalau tak, memang tak hubunginya sebab tak suka kalau telefon nanti saya rasa macam nak tanya bukan-bukan,” katanya.
Dalam pada itu, Misya menjelaskan dia mengambil tindakan tidak selalu berhubung dengan suami adalah untuk menjaga emosi, malah dia juga kurang senang sering dibandingkan dengan Marissa.
“Untuk elakkan emosi dan pergaduhan tak perlu tanya. Tip untuk mengawal emosi bila mana kita memilih untuk stay jad kita kena terimalah kesan dan akibatnya.
“Tapi tengok keadaan jugalah, setakat ini tidak ada yang mengalah. Buat apa saya nak mengalah. Kita buat tak tahu, abaikan dan abaikan. Saya pun tak tahu kenapa perlu membanding-bandingkan sebab saya adalah saya, dia adalah dia, tak pelru bandingkan kami,” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source