“Minta Maaf Pun Tak Ikhlas”
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berkata dia enggan memaafkan bekas pembantu peribadinya iaitu Melati Abdul Ghani serta nekad untuk mengheret wanita itu ke penjara atas fitnah yang dilemparkan.
Memetik mStar Online, Aliff berkata wanita itu tidak ikhlas dalam membuat permohonan maaf dan tangisan Melati di mahkamah tempoh hari hanya lakonan.
BACA: Bekas PA Aliff Syukri Menangis Di Mahkamah, Tiada Duit Nak Upah Peguam
“Dia bercakap tentang saya, keluarga dan keturunan saya. Perkara itu buatkan perniagaan saya jatuh hingga rugi jutaan ringgit. Lepas tu minta nak berbaik, minta maaf pun tak ikhlas. Tengok balik video tu, saya tengok pun jijik.
“Ni masalah mulut yang tak reti jaga sehingga heret perkara itu ke mahkamah, tapi sebelum di isytiharkan kalah dia mega lawan. Bila dah kalah pandai pula menangis,” kataya.
Dalam pada itu, Aliff berkata dia turut kesal dengan sikap Melati yang membuka aibnya selepas berhenti kerja sedangkan sudah enam tahun bersama mereka.
“Pekerja saya bukan seorang atau dua tapi 1000 orang yang masuk dan berhenti. Syarikat besar yang lain pun ada pekerja berhenti. Kau dah berhenti tu sudahlah! Tak perlu nak burukkan bekas majikan, kau dah kerja dengan aku 6 tahun, aku bagi kau zakat, pergi London dan tunaikan umrah.
“Pepatah Melayu ada berkata, jangan kita kutuk dan ludah pada makanan sendiri, saya ni malu bila dia aibkan saya,” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source