Nad Zainal Nafi Suami Suka Kongkong Hidup, Anggap Ungku Ismail Pembimbing Dalam Kehidupan – “Saya Semakin Tenang Berbanding Dulu”
Pelakon Nad Zainal menafikan dakwaaan sesetengah pihak yang mengatakan suaminya, pelakon Ungku Ismail Aziz suka mengongkong kehidupan serta kerjaya seninya sejak mereka berkahwin lebih setahun yang lalu.
Ujar Nad Zainal, suaminya itu banyak memberikan bimbingan dalam menentukan hala tuju hidupnya.
Suami tidak pernah mengongkong saya dan semuanya okay saja. Kalau mengongkong, pasti kita akan berasa tertekan dan terbeban tetapi ini biasa saja. Normal seperti pasangan suami isteri lain.
Katanya lagi, dia masih menerima tawaran berlakon ketika hamil dan tetap meneruskan karier selepas melahirkan.
Menganggap perkahwinannya bersama Ungku Ismail membuatkan dirinya lebih tenang berbanding dahulu, Nad mengakui suka jika ada seseorang yang ‘melentur’ hidupnya agar menjadi lebih baik.
Saya juga suka kalau ada orang yang boleh melentur saya. Tidak bermakna kalau sudah berkahwin saya tak boleh berlakon. Hidup saya kini banyak berubah selepas berkahwin dan semakin tenang berbanding dulu.
Sebelum ini semua benda saya nak buat dan tergesa-gesa hingga akhirnya saya jadi seorang yang pemarah akibat tekanan. Tetapi sejak ada suami, dia banyak ajar saya perkara yang saya tak sedar.
Terdahulu, Nad Zainal dan Ungku Ismail mendirikan rumah tangga pada 23 Januari tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ungku Indra Puteh Al Majid yang kini berusia 9 bulan.
Ini merupakan perkahwinan kali kedua Nad. Aktres itu pernah bernikah dengan Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015 dan mempunyai dua cahaya mata bersama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source