“Siapa Buat Marissa Menangis, Bagitau…Mama Datang!”
Baru-baru ini, perkongsian pelakon Abby Abadi menjadi perhatian ramai apabila memuat naik ucapan sempena ulang tahun kelahiran anaknya, Marissa Dania yang ke-19.
Menerusi entri itu, Abby meluahkan rasa sayang buat anaknya itu dan tidak sangka Marissa kini sudah pun dewasa kerana dia belum puas lagi untuk menjaga anaknya.
BACA: Abby Abadi Sedih Tengok Marissa Dania Makin Kurus
Abby turut menitipkan pesanan buat anaknya itu supaya menjaga solat dan menjaga aurat serta mengatakan bahawa Allah sentiasa bersama Marissa.
“Sanah helwah Marissa Dania, mama sayang adik sangat-sangat. Semoga Adik sentiasa dalam reda dan kasih sayang Allah.
“Sekejap ja masa berlalu, 19 tahun dah umur anak mama? Tak puas lagi mama jaga adik. Tapi mama yakin, anak mama ini anak yang baik, yang jaga solat dan jaga aurat. Allah sentiasa bersama anak mama,” katanya.
Dalam pada itu, Abby turut mempertahankan Marissa serta memberi amaran jika ada yang membuatkan anaknya itu menangis.
“Sentiasa semat dalam hati, mama abah, papa mummy, adik beradik lain semua sayang adik sangat-sangat tau! Siapa buat Adik nangis, bagitau mama datang!” tulisnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source