Mohd. Hishamudin dilantik Pengerusi Suhakam
PUTRAJAYA – Datuk Seri Mohd. Hishamudin Md Yunus dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkuat kuasa 3 Julai lepas.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dalam kenyataan berkata, pelantikan itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi tempoh tiga tahun.
“Pelantikan itu selaras dengan subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597],” katanya hari ini.
Mohd. Hishamudin, 75, merupakan graduan undang-undang dari University of London dan beliau pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia, Ketua Pendaftar Mahkamah Agung, Peguam Kanan Persekutuan dan Presiden Mahkamah Sesyen.
Dengan pengalaman undang-undang selama 45 tahun, beliau juga memperoleh pensijilan Timbang Tara Komersial Antarabangsa daripada Chartered Institute of Arbitrators, United Kingdom.
Sepanjang perkhidmatannya di Mahkamah Tinggi, beliau telah menulis lebih 750 penghakiman yang telah dilaporkan dalam jurnal undang-undang.
Mohd. Hishamudin juga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Undang-undang kepada Kementerian Perusahaan Utama dan sebagai jurucakap mewakili negara-negara pengeluar getah di Rundingan Perjanjian Getah Asli di Switzerland.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Delegasi Institut Hak Asasi Manusia Persatuan Peguam Antarabangsa (IBAHRI) ke Afrika Selatan sebelum menjadi Penimbang tara di Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur.
Beliau sebelum ini merupakan ahli Suhakam selain bekas Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Mycc) – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source