Lelaki Bangladesh tak mengaku noda anak tiri 12 tahun
IPOH – Seorang lelaki warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak tiri perempuan berusia 12 tahun, bulan lalu.
Tertuduh berusia 47 tahun itu membuat pengakuan tersebut dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun empat bulan di mana perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat dan kebiasaan yang terpakai untuk berkahwin.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan Kledang Raya, Taman Malcop, Ipoh pada pukul 1 petang, 23 Jun 2024.
Terdahulu, Timbalan Pendakwaan Raya, Qurratu’aini Khalifah tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh atas alasan hubungannya dengan mangsa namun sekiranya mahkamah membenarkan ikat jamin, jumlah jaminan maksimum dipohon dikenakan terhadap lelaki itu.
Bagaimanapun, peguam tertuduh, C. Kaladevi memberitahu mahkamah bahawa mangsa dalam kes itu yang merupakan anak tiri tertuduh telah diambil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan akan dihantar kepada datuk dan neneknya di Sabah untuk dijaga.
Malah katanya, tertuduh yang telah menetap di Malaysia dalam tempoh 29 tahun itu juga akan tinggal berasingan dengan keluarganya di sebuah rumah sewa di Buntong.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan dua penjamin warga tempatan beserta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.
Tertuduh yang juga peniaga kedai runcit itu turut tidak dibenarkan menghubungi dan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Tarikh sebutan semula ditetapkan pada 12 Ogos depan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source