‘Wartawan bukan alat atau objek untuk sesiapa’
SEBERANG PERAI – Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan, Adam Adli Abdul Halim menyatakan kekecewaan dengan insiden gangguan seksual terhadap seorang wartawan wanita semasa bertugas pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, semalam.
Beliau berkata, pihaknya mengharapkan agar siasatan polis berhubung kejadian itu dijalankan secara adil dan telus.
“Saya pun dapat tahu daripada media. Saya sangat kecewa berlaku perkara sebegini dan setiap pihak terlibat, polis dapat jalankan siasatan dengan sebaik dan seadilnya,” katanya kepada pemberita di Program Kayuhan Komuniti Sihat sempena kempen PRK Sungai Bakap di Sungai Kechil, malam tadi.
Sementara itu, Presiden Kelab Media Mutiara Pulau Pinang (Mutiara), Mohd. Iskandar Othman meluahkan rasa kesal dengan kejadian yang berlaku membabitkan mangsa yang merupakan petugas media tempatan.
“Kejadian seumpama itu sepatutnya tidak berlaku di saat kumpulan pengamal media sedang mengerah keringat menjalankan tugasan yang diamanahkan.
“Wartawan bukan alat atau objek untuk sesiapa dan diharapkan agar individu terlibat diheret ke muka pengadilan dengan segera,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan mengenai penahanan lelaki tempatan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu gangguan seksual/Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku ketika sesi sidang akhbar bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas selesai majlis perjumpaan pemimpin, malam semalam. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source