Geng Kribo aktif seludup keluar migran tumpas
KAJANG – Geng Kribo yang aktif menyeludup keluar pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi jalan laut sejak tiga bulan lalu ditumpaskan polis dalam serbuan di sebuah kediaman sekitar Batu 14, Hulu Langat, di sini, semalam.
Sindiket turut dipercayai mengenakan bayaran mencecah RM2,500 setiap seorang bagi menyeludup keluar PATI ke negara seberang.
Serbuan pada pukul 5.10 petang itu dilakukan menerusi Op Pintas daripada Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, seramai 32 PATI ditahan termasuk 14 wanita sewaktu serbuan dijalankan.
Katanya, semakan mendapati empat lelaki migran terbabit adalah warga Bangladesh, manakala selebihnya merupakan Indonesia.
“Pemeriksaan juga mendapati tangkapan termasuk seorang wanita yang sedang mengandung enam bulan dan kanak-kanak berumur satu tahun bersama ibunya yang berusia 22 tahun.
“Siasatan awal mendapati kegiatan ini dilakukan Geng Kribo dan migran ini perlu membayar kepada ejen berjumlah RM1,600 hingga RM2,500 seorang,” katanya hari ini.
Menurut beliau, polis turut menahan dua lelaki Indonesia yang berperanan sebagai penjaga rumah penampungan dan transporter atau ejen untuk tindakan di bawah Seksyen 26A Akta Atipsom 2007.
Tambah Soffian, dipercayai PATI ini hendak diseludup keluar ke Indonesia melalui jalan laut.
“Soal siasat awal mendapati sindiket menjadikan rumah tidak bernombor terbabit sebagai tempat PATI sejak tiga bulan lalu,” ujarnya.
Tegasnya, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.-KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source