Ina Naim Pernah Dikecam Tak Menangis Ketika Kematian Suami
Meskipun sudah lebih enam bulan pemergiannya, nama penyanyi dan bekas ahli kumpulan In-Team, Allahyarham Suhaimi Saad terus menjadi bualan ramai.
Menerusi satu video dikongsikan di TikTok, isteri kepada arwah Suhaimi iaitu Ina Naim dilihat ada berkongsikan mengenai keperibadian arwah ketika sesi siaran langsung.
BACA: Ina Naim Buka Kedai Dobi, Tunai Hasrat Arwah Suami
Turut menjadi perhatian apabila Ina mendedahkan dia pernah dikecam kerana tidak meratapi pemergian arwah suaminya. Menurut Ina dia tidak menangis kerana suaminya itu pergi dalam keadaan yang baik.
@zyannys Allah lindungi family arwah ss moga kita semua dapat mengambil pengajaran dalam meluruskan tauhid lagi aamiin yrba kematian khusnul khotimah @inasuhaimi78 #inanaim #suhaimisaad
“Ada orang cakap, ‘dia ni memang gila, tak betul..laki mati tak menangis’. Nak buat apa kita menangis di atas kematian suami? Lainlah kalau suami meninggal dalam keadaan mati katak atau buat maksiat..yang itu kita sedih.
“Suami kita meninggal dalam keadaan husnul khatimah (pengakhiran yang baik) para malaikat, bidadari dan Allah sambut dia, jadi kita nak sedih kenapa? Saya pun nak mati macam tu,” katanya.
Dalam pada itu, Ina turut berkata dia akan sentiasa ingat akan pesanan arwah suaminya iaitu supaya menghindari dari riba.
“Benda yang dia sangat jaga daripada muda adalah nak membeli barang. Alhamdulillah terhindar daripada segala riba termasuk telefon, penapis air, tilam, rumah.
“Dia pesan dekat saya kalau nak beli barang, belilah secara tunai kalau tak ada sabar tunggu..Allah akan bagi. Jangan ambil riba, riba adalah musuh Allah. Allah tak suka mereka yang ambil riba, mereka yang ambil riba dia seolah-olah sedang berperang dengan Allah,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source