Minum air pangsa durian cegah panas badan, perut tidak selesa
PETALING JAYA – Minum air daripada pangsa durian (bahagian putih) selepas makan raja buah berkenaan boleh mengelakkan perut rasa kurang selesa dan panas badan.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, Saintis Utama di Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Suri Roowi, petua itu mungkin ada benarnya.
“Kajian yang dilakukan oleh ramai saintis dan saya sendiri sebelum ini ke atas beberapa jenis buah menunjukkan bahagian kulit dan ari buah (bahagian putih) adalah yang paling tinggi khasiat.
“Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science pada tahun 2015 menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetes.
“Kulit durian juga kaya dengan enzim semula jadi contohnya polygalacturonase,” kongsinya.
Jelas beliau, kajian diterbitkan dalam dua Jurnal Saintifik pada tahun 2021 dan 2022 pula mendapati pangsa durian mengandungi bahan propacin yang bertindak sebagai antiradang.
“Oleh itu, pengambilan air pangsa durian mungkin boleh mengurangkan rasa panas badan dan boleh elakkan perut rasa tidak selesa selepas makan durian.
“Mungkin lebih elok juga jika pangsa buah diasingkan, dikeringkan dan dijadikan serbuk/teh serta direndam dalam air suam sebelum airnya diminum,” katanya.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source