“Kalau Saya Nak Meroyan, Awal-Awal Dulu Lepas Bercerai”
Bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada menafikan dakwaan segelintir netizen dikatakan meroyan dan masih belum move on susulan pendedahannya itu.
Memetik Astro Gempak, Shuhada berkata pendedahan tersebut dibuat kerana dia sudah hilang sabar dengan sikap bekas suaminya serta berharap ada yang menasihati aktor tersebut.
BACA: Hafidz Roshdi Gelar Shuhada Janda Penfitnah, Penipu & Kaki Pusing
“Benda nak dekat dua tahun, pelik kalau saya tak move on. Kalau saya nak meroyan, saya dah meroyan awal-awal dulu selepas bercerai.
“Ni bukan pasal move on, ni pasal dia betul-betul dah mencabar kesabaran Shu. Bagi Shu, kau (Hafidz) nak gelar aku janda ke, anjing ke, Shu tak kisah dan Shu harap sangat-sangat ada orang nasihat dia suruh dia ingat Allah,” katanya.
Sementara itu, Shuhada berkata dia juga berharap untuk selesaikan perselisihan faham antara mereka dengan baik namun sukar untuk mencapai kata sepakat.
“Mengenali dia hampir 10 tahun dengan perangai dia, agak sukar untuk selesaikan cara baik. Kalau nak cakap Shu tak ada toleransi dengan dia, Shu bertolak ansur dengan dia dah terlalu banyak.
“Shu rasa harapan hanya tinggal harapan. Kalau boleh memang nak selesaikan cara baik kalau dia ikut cara hukum Islam,” katanya.
SUMBER: Astro Gempak
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source