Ramona Zamzam Tak Peduli Rakan Artis Terasa Hati Isu Blockout2024
Pelakon Ramona Zamzam berkata dia tidak peduli jika ada rakan artis yang terasa hati dengan tegurannya berhubung gerakan Blockout2024 yang dilancarkan sejak bulan lalu.
“Sudahlah Bersara Tanpa Simpanan, Kerja Fast Food Pun Kena Buang Kerana Boikot”
“Minta maaf Pak Tam, outlet kita kena tutup hujung bulan ni sebab sales makin kurang,” itulah kata kata yang meremukkan hati Rustam Ramli, 61 tahun atau lebih senang dipanggil Pak Tam dikalangan rakan sekerjanya yang…
Memetik mStar Online, Ramona berkata dia tidak tujukan teguran itu kepada mana-mana individu sebaliknya mahu menyedarkan selebriti tempatan yang memilih untuk bersikap neutral.
BACA: Suami Bukan Kaki Media Sosial, Ramona Zamzam Tak Risau Penyondol
“Bagi saya siapa yang makan cili dia yang terasa pedas, sejujurnya saya tak tujukan teguran itu kepada mana-mana individu. Tapi ada yang terasa. Saya harap mereka rasa tertampar dengan teguran yang saya berikan.
“Saya nak mereka tahu kalau mereka terasa itu semua berpunca dari perangai mereka juga,” katanya.
Lantang menyelar tindakan artis yang baru bersuara selepas nama mereka muncul dalam senari boikot, Ramona berkata dia tidak menerima sebarang ancaman.
“Tiada siapa yang datang menyerang saya secara berdepan atau fizikal tapi saya tahu dan sedar ramai yang tak berpuas hati dengan saya. Kalau ada yang terasa, teruskan. Saya hanya buat hal saya sendiri, itu saja,” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source