Didenda RM5 Kerana Anak Makan Bersepah, Lelaki Bengang Dengan Kedai Tomyam Di KL – “Boleh Report KPDNKK Ke?”
Kebiasaannya, kedai tomyam menjadi antara restoran pilihan kebanyakan rakyat namun pengalaman yang dikongsikan seorang lelaki baru-baru ini menjadi topik bahas netizen di media sosial.
Advertisement
Kena denda sebab meja bersepah
Menerusi aplikasi X, lelaki terbabit berkata dia telah pergi menjamu selera di sebuah kedai tomyam di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan ketika mahu membayar, pekerja memaklumkan dia didenda kerana meja makan bersepah.
Katanya, pada hari itu dia telah ke restoran berkenaan membawa anak kecilnya yang berusia kurang dua tahun dan disebabkan meja yang ditinggalkan bersepah pihak kedai mengenakan denda sebanyak RM55.
Boleh ke report KPDNKK pasal denda tu? Boleh ke kedai denda pelanggan sebab sepah?
Netizen berbahas
Hantaran tersebut mendapat perhatian warganet di media sosial yang membahaskan tentang hal tersebut.
Ada yang berkata ini adalah kali pertama mereka mendengar cerita tentang pelanggan didenda gara-gara meja makan bersepah.
Bagaimanapun, sesetengah berpendapat ibu bapa memainkan peranan untuk menunjukkan contoh yang baik kepada anak iaitu mengutip sisa makanan nasi atau lauk yang tertumpah di atas meja.
Kalau tak kena denda pun, tolonglah kemas balik lepas anak awak makan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source