Nak Luangkan Masa Dengan Keluarga Di Hujung Minggu? Ini 6 ‘Port’ Sarapan Pagi Di Keramat, KL Untuk Dicuba
Hujung minggu adalah waktu di mana kebanyakan daripada kita akan meluangkan masa dengan keluarga atau mungkin kawan-kawan.
Antara aktiviti yang dilakukan ramai adalah menikmati sarapan pagi dan sudah tentu media sosial menjadi antara tempat untuk kita cari di mana ‘port’ makan terbaru untuk berkumpul bersama.
Advertisement
Meh sini, kami senaraikan enam tempat sarapan pagi yang boleh dicuba di kawasan Keramat, Kuala Lumpur.
1. Kopitiam 143
Kedai ini sudah mempunyai dua cawangan namun asalnya ia terletak di Jalan Enggang. Jangan lupa cuba roti bakar arang dan kopi kaw! Kopitiam 143 ditutup pada hari Selasa dan Rabu setiap minggu.
Korang juga boleh cuba makan di cawangan kedua mereka yang terletak di Liberty Arc, Ampang.
Dibuka jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
2. Kopi dan Benang
Dekorasi yang klasik dan membawa konsep kemelayuan, antara menu di sini adalah roti bakar, lontong, nasi lemak dan lempeng.
Dibuka jam 7 pagi hingga 12 tengah hari.
5. Scenery Garden Cafe
Tempat yang luas dan selesa, selain nasi lemak dan telur separuh masak, di sini juga ada hidangan seperti mi wantan, mi kari dan sup cendawan.
Dibuka jam 7.30 hingga 12.30 tengah hari (ditutup pada hari Selasa).
6. Bard Corner
Terkenal dengan juadah roti dan ramai pelanggan menyukai roti boom dan roti sarang burung gagak di sini.
Dibuka jam 7 hingga 11.30 pagi.
Ha, ada enam kafe korang boleh pilih untuk cuba hujung minggu nanti. Apa-apa pun, makanan sarapan pagi tradisional orang Melayu memang sedap!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source