Pekerja Lebih Gembira, Sihat & Produktif Apabila Bekerja Secara ‘Hybrid’
Kajian yang dijalankan di United Kingdom menunjukkan ramai pekerja berasa lebih gembira, sihat dan produktif apabila bekerja secara ‘hybrid’.
Advertisement
Kurang ‘burnout’
Tinjauan dibuat itu melibatkan 1,026 orang dan suku daripadanya berkata mereka kurang ‘burnout’ apabila bekerja secara ‘hybrid’ berbanding jika berada di pejabat seluruh minggu.
Selain itu, bekerja secara ‘hybrid’ juga memberikan banyak manfaat terhadap pemakanan, tahap tekanan seseorang dan kesihatan serta tabiat tidur.
Tak ada apa yang buatkan seseorang pekerja itu mengalami tekanan, stress dan rasa jengkel dari kena berulang alik ke tempat kerja setiap hari.
*Burnout = merujuk kepada keadaan kelelahan fizikal, mental dan emosi yang berlaku kepada individu akibat pendedahan kepada tekanan yang berpanjangan.
Dapat tidur lebih berkualiti, work life balance
Bukan itu sahaja, 86% daripada mereka juga bersetuju bekerja secara ‘hybrid’ memberikan mereka ‘work life balance’ kerana tidak perlu menghabiskan masa untuk ulang alik ke tempat kerja dan rumah.
Masa tersebut boleh digantikan dengan mendapatkan kualiti tidur yang lebih baik, bersenam dan dapat menyediakan makanan yang lebih sihat.
Jurnal Nick Bloom iaitu profesor dari Universiti Stanford juga menyatakan bahawa bekerja secara ‘hybrid’ dapat memperbaiki kualiti pekerjaan seseorang individu serta mengurangkan risiko pekerja berhenti.
Malah, bekerja secara ‘hybrid’ juga tidak memberikan perbezaan kepada produktiviti seseorang pekerja.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source